Sunday, May 10, 2009

Aku Anak Mak

080509 , Jumaat
Alya: Weh korang! Mother's Day hari ni ke?
Mynah: Ape kau merepek ni, bukan hari ni laa.
Alya: Ntah. Radio pagi tadi kata camtu.


Oh. Jumaat eh rupenye? Balik rumah, aku masuk-masuk rumah pastu salam mak macam biasa. Tetibe secara automatiknye ntah camne aku pun peluk mak aku. "Happy Mother's Day, mak."

Mak senyum je. "Thanksss Maya. Ade ape-ape ke ni wish awal-awal?"
"Ha? Bukan hari ni ke.."

Wehh bila Mother's Day sebenarnye? Aduss pening, pening.

090509 , Sabtu (malam)

Adik: G'night mak.
Mak: Nyte. Oh ye, esok Mother's Day eh?
Aku: Err *Aduss Mak, tak jadi nak buat surprise.


Serius aku pening pale pasal tarikh Mother's Day ni. Kawan-kawan aku pun semua confuse pasal tarikh ni. 10 Mei rupanya kott. Tapi aku rasa, bila-bila pun, aku tak payah nak amik kesah. Sebab bila-bila pun hari ibu. Kan? :) Ceh ayat nak poyo je.

Memandangkan Mak tak tau pasal blog aku, aku nak amik kesempatan ni untuk ucapkan mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kat Mak, kalau ada salah dan silap sejak dari hari kelahiran sampai la ke hari ni. Walau selaut emas pun tak mampu nak balas jasa-jasa Mak ni. Ahem, siyes.


Ewah, cute kan Mak aku.


Mak, Mak tahu tak,
I always feel that you're the best mom ever, wherever, whenever. Bila orang lain cerita-cerita pasal mak diorang, rasa macam tak berapa nak heran pun. Serius. Sebab Maya tahu Mak lagi best dan sangatla amazing kalau nak banding dengan mak-mak yang lain. Sporting, comel, haha. Tapi of course, pada pandangan orang lain mesti la lain. Apepun, Mak, you're the BEST.

Mak, Mak tahu tak,
Maya tak penah pun berlapar kat rumah ni. Kalau lapar sekejap, no worries beb. Turun bawah, nampak meja penuh masakan mak. The taste? Pergh takyah cite ah. Nanti orang lain jeles la pulak. Lazat tak terkata. Kalau ada yang tak habis tu memang sangat pelik la. Mak dengan dapur tu memang susah nak dipisahkan. Best cook ever.

Mak, Mak tahu tak,
Tak pernah dalam dunie ni ade insan yang tersangatla penyayang sampai siang malam sanggup teman budak busuk ni kalau demam atau dalam kesusahan. Walaupun banyak gila Maya sakitkan hati Mak, Mak tetap sayang kat Maya enn. Tengok la budak-budak kecik yang gedik kat rumah tu. Nakal camne pun, mak sanggup layan karenah gila diorang tu. Tabah betul hati Mak.

Mak, Mak tahu tak,
Kalau pagi-pagi bila nak pergi sekolah, kadang-kadang tak sempat nak cium tangan mak. Maklumlah Pakcik van yang selalu datang awal suka menjealous. Bila kat kelas, kalau lupa cium tangan mak pagi tadi, mesti ada-ada je benda negatif datang mengacau. Ngantuk? Cepat lapar? Bosan blaja? Sume ade. Redha ibu, redha Allah juge.

Mak, Mak tahu tak,
Maya mintak maaf sesangat kalau terkasar bahasa, atau kalau pernah tinggikan suara walaupun sikit kat mak. Waktu tengah duk sorang-sorang, mesti rasa macam menyesalll tak terkata sebab terkasar bahasa. Argh, ego nye aku. Tapi mak slalu open-minded, sabar, bila-bila pun mak maafkan. Sayang mak.

Mak, Mak tahu tak,
Malulaa nak cakap gini bila berdepan ngan mak. Sori ye sebab tulis sorok-sorok. Haha tapi kalau mak terbaca jugak, I just wanna tell you that I LOVE YOU :D

100509, Ahad
Haha sori2 sesat pulak catatan harian kat sini. Disebabkan esok ada exam BM, aku pun baru terhegeh-hegeh nak membelek buku Panas Salju. Alaa, yang Talib Samat tulis tu. Belek punya belek, tetibe sampai kat m/s 102 dgn 105. Ade ape? Haa, pasal tu, korang tengok sendiri. Ada sajak pasal ibu. Kuang3.

Orait la. Last but certainly not the least,

Selamat Hari Ibu kepada Hjh. Wan Ruzimas bt Hj Wan Abdul Ghani, the dearest, caring, understanding, charming, (the list goes on and on) mom ever. :D


The luckiest man ever, the best mom ever.



Keibuan terserlah.


ps: Rindu laa nak menaip dalam bahase inggeris.

7 comments:

Natasya K said...

mmg comei mak akak...

Maya Rehan said...

// smart_asya: tgk anak die la .
haha , tadela , i thank u on her behalf :)

kakteh said...

erm...bukan mayah tak brape suka makan dan sampai sakit perut ke? bukan sebab masakan mak tapi sebab asyik tidur lama n malas nak turun...hehehe

Maya Rehan said...

// kakteh: alamak kantoi ,

Le Unknown said...

hurm dah tau mak die takkan bace lah die tules byk².
tp depan mak buat cool je kan?hahhaa
weh gendut,buatkan satu header blog camtu
serius lawaaa
tp tu awak ke?

Maya Rehan said...

// farhanah's life.:

anak yang mengenal erti segan silu kot ?

lawa ke ? hahaha
rasenye tu kite ke ekk .
buat la sndiri .
kan belambak2 dslr akak ley bwt lagi lawa .

Nabilah. said...

yeah, redha ibu, redha Allah juga :)