Friday, August 29, 2008

Purdah. Hee.

Assalamualaikum. Haha aku tak tahan la hari ni. Memang best sangat! Meh aku cerita.

Pagi-pagi lagi lepas perhimpunan, Faten dah terpekik-terlolong. Kitorang pun macam hairan la sebab selalunya kalau dia nak terpekik-pekik takde la macam orang gila. Rupa-rupanya dia bawa purdah dari sekolah lama dia. Ada 4 purdah. Meenah pun mulalah menjerit-jerit macam hape!

Semua banat serbu Faten sebab nak try pakai purdah tuuu *HAHA*. Lagipun banin time tu takde, so kitorang pun macam selamba la sikitt. Aku ni memang jenis pantang kalau tudung tak betul. Bak kata Tymah, aku Minah-Gila-Cermin. *Hihi*. Well aku just tengok je diorang pakai-pakai. Sampai aku tak kenal siapa yang pakai, dah kata purdah la enn!

Time tengah syok-syok pakai purdah, banin tiba-tiba serbu masuk. Dah la tak kasi salam, serbu masuk mengalahkan penceroboh handal [ha?]. Anyway la hari ni last day untuk salah seorang banin ni. Encik Radio Lebar yang takde perasaan pun cakap, "Eleh biar la dia pindah. Tak hairan pun kitorang."

Radio Lebar tu memang tak pernah nak kisah pasal perasaan orang lain ouh. Asyik nak menguuuutuk je. Tah dosa pahala dia kenal ke tak. Apapun, time aku, Meenah, Tymah dengan Faten tengah struggle nak khatam semua formula math, Mr Goggle tiba-tiba panggil Meenah. Meenah pandang aku lepas tu buat gaya macam tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba Mr Goggle letak something atas meja Meenah.

Aku dengan Meenah pandang la benda tu. Rupa-rupanya tu hadiah daripada 'Si Budak' yang nak pindah tu. Ada 8 cukup-cukup untuk semua banat Form 2. *HAHA* aku mula-mula tak tahu apa benda tu so aku pun macam, "Apa tu? Dari siapa? Blablabla." Tak habis-habis aku tanya Tymah dengan Meenah senyap-senyap. Last-last baru la aku faham.

Belaaaajar punya belajar. Sampai la waktu balik rumah. Sebelum Encik Radio Lebar keluar kelas, dia jerit dekat aku, "Woi MoRay a.k.a Budak Stor. Hari ni ko kena kemas stor. Buang sampah sekali ye, Budak Sampah!" Kurang ajaaaar! FYI aku budak baru dekat sekolah ni time bulan Jun. So aku takde tugasan kelas lagi. Jadi aku pun dapat la tugasan buang sampah dengan kemas stor sebab dah takde tugas lain dah. Hish.

Lepas tu kitorang banat pun bertolak pergi rumah Muallimah Zulikha nak tengok newborn baby dia. Alia dengan Iffah tak dapat pergi sebab takde transport nak balik rumah. So kitorang pun terus la bertolak tanpa diorang.

By the way la kan, kitorang jalan kaki. Time tu cuaca panas macam nak hangit kitorang rasa. Jalan punya jalan. Last-last kitorang SESAT! Argh bengang gila time tu try jalan itu ini tak jumpa-jumpa. Kebetulan rumah Encik Radio Lebar ada dekat-dekat situ and kitorang tahu rumah dia yang mana satu.

Sooo cadangan Tymah, tanya Kak Anah a.k.a kakak kepada Encik Radio Lebar. Bile dah sampai depan rumah dia, aku menyorok. Sebab aku tak nak dia nampak Maya MoRay yang selalu chatting dengan dia tu *HAHA*. Bila dah dapat nombor telefon Muallimah Zulikha, kitorang pun pergi.

Time dah nak jalan tu tiba-tiba Kak Anah panggil kitorang. "Kejap-kejap, mana satu Maya? Maya MoRay." Malia pun tergelak macam hape, lepas tu tunjuk dekat aku. Aku pun lariiii. Semua orang gelak. *HAHA* tah pape je.

Anyway la. Disebabkan dah penat sangat tak jumpa-jumpa rumah Muallimah, kitorangg patah balik pergi sekolah. Kitorang pun tanya balik Mullimah Wirda pasal rumah Muallimah Zulikha. Bila dah dapat alamat dengan peta, kitorang pergi lagi sekali. Haihh penat gila. Sepatutnya janji nak datang pukul 2.30pm, tapi sebab sesat, kitorang pun lewat 1 jam!

Dipendekkan cerita, kitorang pun sampai la rumah Muallimah. *Hee* comel gila baby dia. Rugi betul aku tak bawa kamera time tu! Eleh macam la aku ada kamera *HAHA*. Makan minum sembang makan minum. Last-last kitorang pun bertolak nak pergi balik sekolahh. Time nak bertolak tu panas terikk.

Jadi tahu tak apa cadangan Meenah? Cadangan dia supaya kitorang pakai purdah laaa *HAHA*. Diorang pun pakai la dengan selamba kereta lalu-lalang. Malu je aku! Heee. Disebabkan aku malu, aku pun nak pakai gak supaya muka malu aku terlindung *HAHA*.

Hampeh je kitorang. Jalan pergi sekolah pakai purdah wey! Orang lalu-lalang tengok macam hape jee. Whee. Malia dengan aku memang menyesal gilaa la tak bawa kamera! Kalau korang tengok pun mesti korang gelak macam histeria. *Hihi*.

Okey la cerita aku sampai situ je! Jom pakai purdah! Ahaks.

2 comments:

Mar'ss said...

waaah ,maya moray kah itu? ingat kakteh tp lawa sket.ahahaha..tudung tu kotnyee..

cam best je cite skola mayah.. nanti balik kaklang nk tgkla sape radio tuh.eheh

kambing gurun . said...

@mar'ss: aik? bia btul kaklang bace abes ni? haha! bdk tu tkyh tgk le. bwt saket mate jee.