Friday, February 13, 2009

Kemampatan Otak


Deviantart lagi. Aku suka Sushi-Dog.


Dah lama aku tak makan sushi. Kali terakhir aku sentuh mendalah tu, waktu dinner dengan pak arab haritu. Kempunan la pulak. Macam orang mengandung je. Sikit-sikit sushi. Sikit-sikit sushi. Hampeh betul.

Isk, kemalasan betul aku nak pergi tusyen kat sekolah esok. Kalau tak mesti aku dah boleh tidur satu hari. Takpun pergi jalan-jalan ke.

Subjek pertama.. Math? Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaak.

Mulanya aku ingat aku suka dengan subjek ni. Semangat gila kalau ada Math. Tapi entah kenapa sekarang aku rasa macam nak ponteng kelas je. Serius aku tak tahu kenapa.

Kedua? Geografi. Okey la tu kot. Entah.

Baru je masuk bab 4 tapi satu apa pun aku tak faham dari bab 1. Nak kata aku tak tumpukan perhatian, tak jugak. Mata aku macam nak tercabut je asyik pandang papan putih. Tu pun tak dapat nak faham satu habuk. Layan je. Pandai-pandailah aku nanti.

Doakan la aku tak tidur kat kelas esok. Kalau aku tidur jugak, nampak sangat kamu tak doakan. Hoho.

Kalau ikut planning, lepas tusyen esok Tymah nak bawak aku dengan Mynah pergi Subang Parade. Ape je yang ade kat situ ek? Harap-harap tak jadi macam kisah Alia.

Apapun, doakan aku cemerlang PMR tahun ni tau. Kemalasan aku memang tahap melampau ni.

2 comments:

ezzaty said...

ok ape mathh..
best arr
eh,eh,geo mmg x best,haha

Maya MoRay said...

// ezzaty
math memangla boleh tahan.
haha geo memang tak best langsung :P
high 5 weh.