Friday, June 20, 2008

Gosh , Am I Old ?

Aku dah tua ke? Takpe, asalkan aku nampak muda haha. Okey okey.

Hari ni pukul 5.30am gitu, rumah aku memang gelabah gila. Ayah terjerit-jerit kejut aku suruh aku jaga Kakteh dekat tingkat bawah, kalau terjadi apa-apa macam TERbersalin dekat dapur ke. Dia suruh aku ikut sekali pergi hantar Kakteh dekat hospital. Tapi bila aku nak ikut dengan tak tahu apa-apa, Mak aku marah-marah aku lak suruh aku siap-siap pergi sekolah. Time tu memang kucar kacir gila la. Aku yang tengah mamai dengan mata merah pun pergi la siap-siap untuk sekolah.

Dekat sekolah aku datang dengan longlai seperti biasa. Aku cerita la yang kakak aku nak bersalin hari tu, suruh diorang doakan ke apa-apa. Diorang semua terus marah aku. Diorang kata, "Nape ko dekat sini lagi? Baik ikut pergi hospital je! Kasi semangat ke hape hape blabla." Aku pun, bajet laa takkan nak ikut pergi hospital. Baru berapa hari aku masuk sekolah tu, takkan dah start niat nk ponteng.

Petang tu aku balik rumah macam biasa. Mak Ayah aku dah ready lawa-lawa tiba-tiba. Diorang ajak aku pergi hospital jenguk Kakteh. Punya la gelabah aku time tu. Last minute la katakan. Then kitorang pun bertolak naik Volvo kesayangan Ayah tu.

Sampai dekat hospital Selayang, kitorang pergi bilik Kakteh. Panjang gilaa badan baby dia, tapi yang paling penting, muka dia macam Ayah dia. SEBIJIK! ;P Tapi kalau muka ikut Ayah dia, mesti perangai ikut Mak dia. Tu yang aku takut tuuu.


Heee tengok la dia. Sebijik macam Ayah dia kan?


Mashimaro mana nih? Sesat.


Hei siapa balut aku nih?


Mashimaro ternganga. Haa ni baru sama macam Mak dia. Ahaha jangan marah ye Kakteh.

Bla bla bla sana sini, last-last masa melawat habis. Kitorang kena "halau" bak kata adik aku Sofiyyah. On the way balik rumah, kitorang beli cheese cake dengan ice cream. NYUM :D Tiba-tiba Ayah teringat lak kerja dia dekat office tu. So, sekali dengan kitorg la dia angkut pergi office. Lepak-lepak dekat office Ayah sambil makan cake kitorang, pastu balik rumah.

Malam tu gelap gila la (Dahtu?). Aku pergi dekat bilik aku pastu terus tidur. Haha tu je :) Congrats to Kakteh! <3>

2 comments:

Mar'ss said...

sofiyyah pn pandai dah nk merungut sbb kena halau ek..hehe..panic gak mayah mase kakteh bersalin eks

Maya MoRay said...

@mar'ss: mmg panic gilaa. HAHA kalau kklang ade time tu msti kaklang pn panic mcm hape!